MENU
Permit Kawasan Lapang
  a) Pelesen Kedai Makan kategori II boleh memohon untuk mendapat Permit Kawasan Lapang untuk meletakkan kerusi meja pelanggan.
  b) Jenis ruang lapang yang dibenarkan adalah seperti berikut:
    Disebelah tepi premis perniagaan.
    Di bahagian hadapan premis yang mempunyai ruang pavement.
    2 lot ruang letak kereta di Jalan Susur berhadapan kedai.
  c) Jenis ruang lapang yang TIDAK dibenarkan adalah seperti berikut:
    Ruang kaki lima.
    Ruang letak kereta awam di jalanraya (Jalan Utama) dan jalan susur bersebelahan jalan utama.
    Bahagian lorong belakang (back lane).
       
Kedai Makan yang Beroperasi 24 jam   
  a) Pelesen perlu membuat permohonan dan seterusnya mendapat kelulusan bertulis daripada Majlis sebelum dibenarkan beroperasi 24 jam.
  b) Kedai makan yang telah mendapat Sijil pengredan Makan Gred A atau Gred B sahaja yang boleh dipertimbangkan untuk beroperasi 24 jam.
  c) Kedai makan yang telah mempunyai Lesen arak, Lesen Hiburan Muzik & Tari Menari daripada Pejabat Daerah Johor Bahru TIDAK DIBENARKAN beroperasi 24 jam.
  d) Pelesen hendaklah mempunyai pekerja yang mencukupi untuk bekerja secara bergilir-gilir untuk masa beroperasi 24 jam.