MENU
Peraturan Untuk Perniagaan Kedai Rambut

 

Premis Perniagaan
  a) Pintu dan dinding cermin bahagian hadapan premis hendaklah dari jenis lut sinar.
  b) Dilarang membina sebarang sekatan didalam premis kecuali dengan mendapat kebenaran bertulis dari Majlis.
  c) Menyediakan papan tanda "DILARANG MELUDAH' "DILARANG MEROKOK" diruang dalam premis.
  d) Penjualan atau penyediaan makan minum dilarang sama sekali.
   
Pendandan  
  a) Semua pendandan rambut hendaklah mendapat pemeriksaan kesihatan dari Majlis sekurang-kurangnya setahun sekali.
  b) Pendandan hendaklah memakai pakaian kot atau oberall yang bersih dan sopan.
  c) Sebelum melayan pelanggan, pendandan rambut hendaklah mencuci bersih tangannya.
  d) Pelesen dikehendaki menyediakan senarai daftar bagi pekerja berserta gambar.
     
Peralatan / Kelengkapan
  a) Premis, perabot, perkakas dan peralatan hendaklah dijaga dengan bersih, teratur dan kemas.
  b) Hendaklah menyediakan bekalan air panas dan sejuk berterusan sepanjang urusan perniagaan dijalankan.
  c) Menyediakan sekurang-kurangnya 2 bekas yang sesuai dan bertutup rapat untuk menyimpan kain dan tuala yang kotor dan keratan rambut.
  d) Tuala muka, pelindung leher, tuala leher atau sebarang kain yang menyentuh kulit pelanggan hendaklah sentiasa baru dan bersih.
  e) Gunting, sikat, perepang (clippers) hendaklah direndam dengan cecair basmi kuman (disinfectant) selama sekurang-kurangnya 3 minit seleas digunakan.
  f) Pisau cukur hendaklah digunakan dari jenis guna sekali (disposable).
  g) Hanya krim cukuran untuk kerja-kerja pencukuran.  Cawan buih cukuran hendaklah dikosongkan selepas sahaja digunakan bagi setiap pelanggan dan dicuci sepenuhnya dengan air mendidih.
  h) Span atau puff bedak tidak boleh digunakan.
  i) Menggunakan peralatan berasingan bagi pelanggan yang berpenyakit kulit berjangkit.

 

Syarat-Syarat Tambahan
  a) Hanya dua (2) kerusi baring (facial) dibenarkan untuk satu lesen kedai gunting bagi menjalankan kerja-kerja rawatan muka.
  b) Dilarang mengadakan perkhidmatan urutan pada pelanggan.
  c) Dilarang sebarang binatang berada di dalam premis.
  d) Dilarang mempamerkan sebarang gambar berunsur lucah di premis perniagaan.
  e) Tidak dibenarkan mengadakan katil dalam premis perniagaan.
  f) Tidak dibenarkan membuat sekatan dalam apa-apa bentuk diantara kerusi gunting.
  g) Tidak dibenarkan mengadakan kegiatan pelacuran dan urut mengurut di antara lelaki dan perempuan.
  h) Tidak dibenarkan mengadakan penjualan minuman keras.