MENU

Latarbelakang

 

  Kerajaan Negeri Johor telah MELULUSKAN PENUBUHAN JAWATANKUASA PENDUDUK DI DALAM PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI JOHOR pada majlis mesyuarat Kerajaan (EXCO) Johor pada 18 Mei 2005 sebagaimana yang terkandung dalam manual JAWATANKUASA PENDUDUK DALAM PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI JOHOR 2005.
  Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MBJB Bil. 5/2005 telah meluluskan Manual Jawatankuasa Penduduk Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor ditimbalguna oleh MBJB mulai 2006.

 

Fungsi

 

Mengeratkan silaturahim dan muhibah dikalangan masyarakat setempat.
Bekerjasama dalam memelihara keindahan dan keceriaan taman-taman setempat.
Mewujudkan suasana persekitaran yang selamat di kawasan taman-taman perumahan.
Mengenalpasti dan memaklumkan masalah-masalah yang terdapat dalam kawasan kampung dan taman-taman perumahan.
Mengatasi dan mengawal gejala sosial dengan menerapkan nilai-nilai murni dan budaya hidup sihat di kalangan masyarakat.
Membantu menyampaikan dasar-dasar serta penglibatan masyarakat dalam melaksanakan program-program dan projek-projek kerajaan khususnya MBJB.
Menggiatkan aktiviti sosial, kesukanan dan kemasyarakatan di kawasan perumahan.
meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan dan pemulihan kebersihan, keceriaan dan kesihatan di kawasan perumahan.
Memastikan keberkesanan program Gerak Tumpu.
Mewujudkan sikap kepunyaan (self belonging ) masyarakat terhadap harta-harta awam. Membantu MBJB menyediakan maklumat asas kependudukan (inventori) di taman-taman perumahan