MENU

Pelupusan Sisa Pepejal, Cantasan Pokok & Barang-barang Terpakai

1) Setakat ini tiada jadual ditetapkan bagi memungut sampah sisa pepejal jenis tersebut kerana bentuk, saiz, kuantiti dan kekerapan berbeza.
2) Walaubagaimanapun, MBJB memberikan kemudahan kepada orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut secara berikut :

i) Hubungi syarikat konsesi sisa pepejal
ii) Bekerjasama dengan jawatankuasa penduduk melalui gotong royong
iii) Menghubungi MBJB melalui talian 07-2282605 atau layari laman web www.mbjb.gov.my

Cantasan Pokok

 

Pelupusan Sisa Pepejal Komersial, Perhotelan & Industri

1) Mengikut Undang-undang Kecil Pungutan Dan Pembuangan Pelupusan Sampah Sarap (MBJB) 1981, Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan berbayar mengikut muatan.
2) Pelupusan sisa pepejal industri, mengikut Undang-undang Kecil setiap operator bertanggungjawab melupuskan sisa pepejalnya sendiri (yang bukan Sisa Berjadual) ke tapak pelupusan MBJB.
3) Operator bolehlah melupuskan sendiri ke tapak pelupusan menggunakan lori mengikut piawai atau melantik mana-mana kontraktor pelupusan sisa pepejal yang berdaftar dengan MBJB. Untuk mendapatkan senarai kontraktor bolehlah menghubungi talian 07-2282605.
4) MBJB mensyaratkan semua pengusaha hotel, komersial dan industri melupuskan sisa pepejal dengan kaedah tersebut sebagai syarat kelulusan lesen premis perniagaan mereka.

 

Pelupusan Sisa Bahan Binaan

1) Mengikut Undang-undang Kecil yang sama, Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan berbayar mengikut muatan.
2) Pemilik premis/kontraktor binaan bertanggungjawab melupuskan sendiri sisa bahan binaan ke tapak pelupusan. Pemilik premis atau kontraktor binaan bolehlah menghubungi syarikat konsesi Pelupusan Sisa Pepejal atau MBJB seperti talian di atas.

 

Pelupusan Sisa Berjadual

1) Penduduk TIDAK dibenar melupuskan bahan buangan Sisa Berjadual yang diperuntukkan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ke Tapak Pelupusan Sampah MBJB.
2) Bagi tujuan pelupusan Sisa Berjadual tersebut bolehlah menghubungi Jabatan Alam Sekitar Johor Bahru di talian 07-2356042

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mempunyai wawasan untuk menjadikan Bandaraya Johor Bahru sebuah Bandaraya Antarabangsa.

Oleh yang demikian, komitmen warga kota adalah diperlukan bagi mendidik ahli keluarga, menjaga kebersihan bandar raya.

Untuk menjaga kebersihan persekitaran, sampah domestik hendaklah dimasukkan ke dalam plastik sebelum ditempatkan ke dalam tong sampah.

Semua warga kota hendaklah menyediakan tong sampah di rumah masing-masing . MBJB akan membuat pungutan 3 kali seminggu daripada rumah kediaman dan 6 kali seminggu daripada rumah kedai.

Untuk tujuan pelupusan sisa pepejal seperti cantasan pokok dan barang-barang terpakai hendaklah menghubungi nombor telefon atau alamat emel yang disediakan.

 

Pertanyaan & Aduan

Sila Hubungi :

Southern Waste
Management & Environment
1 800 880 200
07-3349958
07-3349867

Bahagian Perkhidmatan
Perbandaraan, MBJB
07-228 2605
1 300 88 0146