MENU

TAMAN ORKID

 
Orkid boleh ditemui di semua kawasan di dunia, kecuali di kawasan gurun dan kutub. Ia dipercayai bermula antara 100-200 juta tahun yang lalu. Negara-negara Asia Tenggara yang mempunyai iklim tropika dikatakan menjadi salah satu 'tempat kelahiran' spesis-spesis orkid selain daripada benua Amerika. Terdapat kira-kira 7000 spesis orkid di Asia Tenggara dan Malaysia sendiri mempunyai kira-kira 3000 spesis orkid liar yang dianggap sebagai spesis yang terbaik, tercantik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Taman Orkid Johor Bahru
Taman Orkid yang terletak di dalam kawasan Hutan Bandar ini telah dibuka kepada orang ramai pada pertengahan tahun 2003. Bertemakan "Pameran Ekologi Orkid", taman ini mempunyai kawasan seluas lebih kurang 10 ekar mempunyai bangunan yang menggabungkan rekabentuk senibina lestari yang berkonsepkan 'mesra alam' dan 'terbuka'.

Taman ini direka bagi menyediakan satu ruang pameran pelbagai spesis orkid khususnya orkid-orkid liar tempatan di kawasan yang mempunyai persekitaran yang hampir serupa dengan habitat asal orkid-orkid yang dipamerkan. Taman ini juga dilengkapi dengan kemudahan interaktif dengan menggunakan kaedah pandang dengar untuk sistem penyampaian maklumat kepada para pengunjung. Komponen utama :

Laman Gerai Orkid
Pusat Maklumat dan Galeri
Kawasan Pameran Orkid Komersial
Kawasan Tapak Semaian Orkid (nurseri)
Kawasan Pameran Orkid Liar
Kawasan Zon Penampan Orkid
 
Bagi penggermar orkid pula pastikan anda dapat membawa pulang pengetahuan mengenai orkid disamping mendapat pelbagai spesis orkid yang sukar didapati di pasaran.