MENU

Taman Merdeka

 
Pengenalan

Taman ini diberi nama Laman Merdeka bersesuaian dengan konsep keseluruhan yang ingin diketengahkan. Taman yang terletak di Tasek Utara iaitu kira-kira 3 km dari pusat bandaraya Johor Bahru ini mempunyai kawasan seluas 31 ekar yang merangkumi pembangunan Fasa 1 dan Fasa 2. Di sini pengunjung bukan sahaja dapat beriadah tetapi juga dapat mempelajari berhubung kemerdekaan melaui komponen pembangunan yang telah disediakan.

Konsep Pembangunan

Sebuah taman yang menggambarkan dengan jelas semangat patriotik pejuang kemerdekaan melalui catatan sejarah, arca, rekabentuk bangunan, rekabentuk lanskap serta sistem bunyi dan cahaya. Konsep taman mesra alam dan mesra pengguna cuba diterapkan kepada pengunjung agar keselasaan dirasai ketika bersia-siar atau menjalankan aktiviti riadah di taman ini.

Objektif
 
 Membina satu mercu tanda yang dapat lambangkan kebebasan, kemerdekaan dan kegembiraan melalui air pancuran setinggi 60 kaki yang terletak di tengah-tengah tasik beserta air pancuran yang kecil disekelilingnya.
Membentuk satu urutan sejarah yang jelas berkisar tentang zaman sebelum kemerdekaan dan proses untuk mendapat kemerdekaan melalui rekabentuk bangunan dan lanskap.
Rekabentuk adalah melambangkan istilah-istilah Tanah Melayu, konsep Residen Inggeris, serangan askar Jepun, pembentukan UMNO untuk menetang Malayan Union dan pembentukan Barisan Nasional yang membawa negara ke tahap sebuah negara merdeka yang maju.
Membentuk ruang pemisah antara kawasan Istana, jalan-jalan utama dan padang golf agar menghasilkan kesepaduan imej yang teratur dan menarik.

Komponen Pembangunan

Fasa 1
Pusat Maklumat dan Jeti Penambang
Laman Peringatan Sultan Abu Bakar
Laman Peringatan Penjajahan Jepun
Promenade Perarakan Kemerdekaan (Fasa 1)

Fasa2
Laman Malaysia
Laman Peringatan Kedaulatan Raja-Raja Melayu
Laman Semarak Kemerdekaan
Promenade Perarakan Kemerdekaan (Fasa 2)
Laman Peringatan Penentangan Komunis