Johor Bahru terletak di posisi yang amat istimewa dan strategik di Selatan Semenanjung Malaysia.Tidak hairanlah ia menjadi pintu masuk paling popular dari selatan sehingga mendapat jolokan "The Southern Gateway to Peninsular Malaysia". Dipinggiri oleh dua perairan penting di rantau Asia Tenggara, Selat Tebrau di bahagian Selatan yang turut memisahkannya daripada kota Singapura.Perairan Laut Cina Selatan pula berada di sebelah timur Bandar raya Johor Bahru menikmati iklim tropika dengan perubahan suhu harian daripada 24oC hingga 32oC.Pada keseluruhannya keadaan topografi Johor Bahru adalah mendatar dan beralun dengan ketinggian paras muka buminya berada pada 200 meter melebihi paras laut manakala kawasan terendah pula adalah 2 meter di atas paras laut.Sungai utama yang merintangi bandar raya Johor Bahru adalah Sungai Segget sepanjang kira-kira 7 kilometer yang bermula daripada lima hulu.
 
 Johor Bahru Ibu Negeri
Sejarah gilang-gemilang yang dibarisi daripada pelopornya, Temenggung Daeng Ibrahim telah menjulang Johor Bahru sebagai antara bandar raya yang pesat membangun dinegara Malaysia. Johor Bahru dihubungkan dengan bandar-bandar di negara ini melalui rangkaian jalan raya serta pengangkutan udara. Jarak antara Johor Bahru dengan kota raya Kuala Lumpur adalah lebih kurang 375 kilometer dan hanya kira-kira 1.5 km dengan kota raya Singapura yang dihubungkan oleh tambak Johor.
  
 Johor Lama