feedback

Warna Latar Belakang :

Imej Latar Belakang :

Latar Belakang 1 Latar Belakang 2 Latar Belakang 3

Kontras Warna :

Kontras 1 Kontras 2 Kontras 3

Saiz Tulisan :

Meningkatkan Tulisan Mengurangkan Tulisan Menetapkan Semula Tulisan

Capaian Pengguna :

Capaian Pengguna

Set Semula :

Set Semula
Klinik Bergerak 1Malaysia

[Pusat OSC] [Pengawalan Pembangunan] [Pengawalan Perniagaan] [Pengurusan Cukai] [Pengurusan Pembersihan] [Mahkamah Bandaraya] [Pengurusan Saliran] [Infrastruktur] [Kemudahan Awam] [Perkhidmatan Kaunter] [Kiosk Bayaran] [Maklumat GIS] [Sistem CCTV] [Klinik Bergerak 1Malaysia]

 

Pengenalan

Klinik Bergerak 1Malaysia merupakan idea kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kawasan luar bandar     yang jauh daripada kemudahan klinik kesihatan statik  seperti di ladang, kampung tradisional dan perkampungan orang asli.

Konsep

KB1M berkonsepkan bas yang diubahsuai dan dilengkapi dengan peralatan perubatan dengan mengambil kira skop perkhidmatan, aliran pesakit, praktikaliti, keselesaan dan keselamatan petugas serta pelanggan.

Skop Perkhidmatan

1.    Perkhidmatan rawatan pesakit luar termasuk rawatan kecemasan.
2.    Perkhidmatan kesihatan ibu dan anak (antenatal, postnatal, immunisasi, perancang keluarga)
3.    Perkhidmatan pendidikan kesihatan, saringan, khidmat nasihat, aktiviti promosi kesihatan.
4.    Rawatan susulan kes penyakit kronik.
5.    Membuat rujukan kes di mana perlu.
6.    Melakukan prosedur rawatan ringan.
7.    Membuat notifikasi penyakit berjangkit.
8.    Perkhidmatan sokongan asas makmal patologi (point of care test).
9.    Pemberian ubat.

Petugas KB1M

•    Pegawai Perubatan
•    Penolong Pegawai Perubatan
•    Jururawat Terlatih
•    Jururawat Masyarakat
•    Pembantu Perawatan Kesihatan
•    Pemandu Kenderaan

Jadual dan Waktu Operasi

Isnin-Jumaat

8 pagi – 5 petang (termasuk waktu perjalanan)

*Jadual lawatan adalah secara berkala ke lokasi yang ditentukan. Kekerapan KB1M membuat lawatan ke setiap lokasi ialah 2-3 minggu sekali.

 

Peti Surat 232, Jalan Dato' Onn, 80720 Johor Bahru, Johor

Emel :  info@mbjb.gov.my
No. Tel :  07-2282525         Faks : 07-2230619
Talian Bebas Tol :  1300-88-0146
SMS Aduan :  019-7788212
ISO