Taman Rekreasi Taman Rekreasi

Pantai Stulang

 

Pantai Stulang terletak di Jalan Stulang Laut telah sekian lama menjadi tarikan kepada warga kota yang gemar melakukan aktiviti bertemakan air seperti berkelah, mandi-manda, luncur angin, skuter air dan kapal layar. Keadaan semulajadi Pantai Stulang menjadikan ia tumpuan utama kepada penggemar sukan laut. Warga kota juga boleh bersia-siar di pusat membeli-belah Kompleks Bebas Cukai yang terletak tidak jauh dari pantai ini.