Perkhidmatan
1. Jika pihak yang di pertanggungjawabkan tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah, apakah tindakan yang boleh diambil oleh penguna atau orang ramai?
Pihak Penguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin
2. Apakah warna tong kitar semula?
Warna tong kitar semula adalah seperti berikut : Warna Biru - Untuk kertas Warna Jingga - Untuk tin aluminium, tin keluli dan plastik Warna Coklat - Untuk kaca
PBT
1. Apakah perbezaan antara Majlis Daerah/Majlis Perbandaran dengan Pihakberkuasa Tempatan (PBT)?
Pihakberkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut: 1.Majlis/Dewan Bandar Raya 2.Majlis Perbandaran 3.Majlis Daerah • Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta. • Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta. • Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 5 juta.