feedback

Warna Latar Belakang :

Imej Latar Belakang :

Latar Belakang 1 Latar Belakang 2 Latar Belakang 3

Kontras Warna :

Kontras 1 Kontras 2 Kontras 3

Saiz Tulisan :

Meningkatkan Tulisan Mengurangkan Tulisan Menetapkan Semula Tulisan

Capaian Pengguna :

Capaian Pengguna

Set Semula :

Set Semula
Bantuan Tatacara Penggunaan Rangkaian Sosial

 

 

Tatacara Penggunaan Rangkaian Sosial

 

 

1.    Sebagai pengguna Rangkaian Sosial ini, anda termaktub dengan terma dan syarat pada tatacara Penggunaan Rangkaian Sosial ini.
2.    Rangkaian Sosial yang disediakan oleh MBJB ini terdiri daripada Twitter, Facebook, dan Blog.
3.    MBJB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam Rangkaian Sosial ini.
4.    Sebarang pandangan yang dikemukakan di dalam Rangkaian Sosial ini adalah pandangan individu semata-mata dan bukan pandangan MBJB.
5.    Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
6.    Anda dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan  yang boleh menyinggung perasaan ahli Rangkaian Sosial yang lain.
7.    Anda tidak digalakkan menghantar ayat atau kandungan yang terkeluar dari topik utama.
8.    Pautan dan kenyataan yang berunsurkan LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
9.    Digalakkan supaya anda mengakui akan apa-apa kesilapan penggunaan ayat, bahasa atau kandungan dan membetulkannya dengan segera.
10.    Pastikan kenyataan atau muat naik dokumen anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
11.    Anda tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
12.    Dokumen yang telah dimuat turun tidak boleh digunakan untuk tujuan yang salah di segi undang-undang.
13.    Pihak pengurusan MBJB di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan yang di buat di dalam Rangkaian Sosial ini. Anda sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam rangkaian sosial  ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
14.    Pihak Pengurusan MBJB berhak meminda Tatacara Penggunaan Rangkaian Sosial ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman / notis.

Peti Surat 232, Jalan Dato' Onn, 80720 Johor Bahru, Johor

Emel :  info@mbjb.gov.my
No. Tel :  07-2282525         Faks : 07-2230619
Talian Bebas Tol :  1300-88-0146
SMS Aduan :  019-7788212
ISO