NOTIS JUALAN LELONG
Dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Johor Bahru akan mengadakan JUALAN LELONG barang-barang sitaan penguatkuasaan di bawah kesalahan undang-undang Majlis Bandaraya Johor Bahru yang tidak dituntut sebagaimana di bawah:
Tarikh: Ahad, 30 Jun 2024
Masa: Bermula jam 9.00 pagi (pendaftaran kehadiran pembida berdaftar bermula jam 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi)
Tempat: Panggung Cempaka, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru, No. 1, Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum 80300 Johor Bahru
Jenis: Lelongan Awam
Barang lelongan boleh dilihat sendiri pada 27 (Khamis) hingga 29 Jun 2024 (Sabtu) bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Stor Sitaan Penguatkuasa, Jalan Mutiara Emas 6/6, Taman Mount Austin.
Setiap pembidaan/tawaran pembelian adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru. Acara lelongan adalah terhad kepada 300 orang pembida berdaftar sahaja. Tarikh pendaftaran adalah dari 23 Jun (Ahad) hingga 24 Jun 2024 (Isnin) di laman web MBJB.
Pautan pendaftaran: https://apl.mbjb.gov.my/daftarbida/
Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi melalui:
UNIT UNDANG-UNDANG (ARAS 9)
MENARA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
TEL: 07-2198259
NOTA PENAFIAN :
Imej barangan yang terkandung di dalam maklumat ini adalah untuk tujuan paparan sahaja. Pembida bertanggungjawab untuk memeriksa barangan yang ditawarkan untuk lelongan. Kami mengesyorkan kepada pembeli / pembida untuk memperolehi maklumat lanjut di Stor Sitaan Penguatkuasa MBJB, Jalan Mutiara Emas 6/6, Taman Mount Austin pada 27 Jun hingga 29 Jun 2024 mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kekeliruan yang mungkin timbul sebelum, semasa dan selepas lelongan.
Muat Turun Dokumen Lelong
BIL |
DOKUMEN LELONG |
1 |
|
2 |
|
3 |
Ringkasan Cadangan Lelong |
4 |