Penanaman Pokok - Gutta Percha

GUTTA PERCHA

 

•   Gutta Percha (Nyatoh Taban Merah) atau nama saintifiknya Palaquium Gutta daripada famili Sapotaceae merupakan spesies pokok yang mengeluarkan getah berwarna putih melalui proses penghancuran daunsehingga lumat apabila pokoknya melebihi usia 15 tahun.
 
•    Pada pembukaan awal Kerajaan Johor Moden, ekonominya bermula apabila Gutta Percha iaitu hasil hutan, dijumpai dan permintaan terhadapnya meningkat di luar negeri. Permintaan terhadap bahan ini meningkat apabila pada tahun 1840. Pokok Gutta Percha mengandungi bahan-bahan berguna sebagai penebat kabel di laut supaya berkeadaan baik dan juga dalam perubatan.

Rujukan:

Aziz, R. A. (2000). Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945): Suatu Analisis Sosiologi Sejarah. (p. 15).  Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

https://www.frim.gov.my/gutta-percha-the-untold-story/

Gutta Percha