Kejohanan Johor Muaythai Championship 2024 Bertempat di Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya 1 - 2 Jun2024

Kejohanan Johor Muaythai Championship (JMC) 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya pada 1-2 Jun 2024.

Kejohanan ini merupakan anjuran Persatuan Muaythai Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor dan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Kejohanan ini mempertaruhkan dua pertandingan iaitu Johor Muaythai Championship (Profesional) dan Johor Open Muaythai Sport Club Challenge 2024 (Sport/Amatur)

Sebanyak 8 kategori utama dipertandingkan dengan kategori utama merebut JB City Belt 2024.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Yahya bin Jaafar, Ahli Majlis MBJB merangkap wakil rasmi Datuk Bandar Johor Bahru serta dihadiri wakil Majlis Sukan Negeri Johor dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor serta wakil Persatuan Muaythai Negeri Johor.

Kejohanan Muaythai

Kejohanan Muaythai