10 Julai 2024 (Rabu) - Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) seramai 44 orang pegawai penguatkuasa yang diketuai oleh Puan Siti Nabilah binti Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa, MBJB telah membuat lawatan ke Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)
YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA berbesar hati untuk turut hadir bersama-sama bagi menyambut kedatangan delegasi.
Lawatan ini dimulai dengan sesi taklimat di Geopark Discovery Centre (GDC), Kilim dan diikuti oleh lawatan ke Kilim Geoforest Park. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohammad Shauqi bin Md Rezalli, Pegawai Penerangan LADA.
Semoga jalinan kerjasama antara jabatan dapat diteruskan, terima kasih kerana memilih Langkawi, jemput datang lagi ke Langkawi.