LAWATAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU KE UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA, JABATAN PERDANA MENTERI
Khamis, 21 Julai 2022 – Delegasi MBJB telah mengadakan lawatan ke Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS JPM). Lawatan ini adalah bertujuan penandaarasan dan perkongsian amalan terbaik mengenai Garis Panduan Kerjasama Awam Swasta (PPP) secara menyeluruh yang boleh diamalkan di MBJB, mempelajari pengurusan projek Kerjasama Awam Swasta (PPP) UKAS JPM secara keseluruhan selain melihat projek PPP yang diuruskan oleh UKAS JPM di tapak.
Delegasi MBJB telah diketuai oleh Tuan Haji Miswan bin Yunus, Setiausaha MBJB, Puan Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB, Encik Mohd Syazwan bin Abdul Rauf, Penolong Pengarah Unit Kerjasama Awam dan Swasta MBJB, bersama-sama ketua-ketua jabatan dan pegawai MBJB.
Taklimat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri dan disertai oleh Puan Alita binti Abu, Pengarah Seksyen Dasar dan Hubungan Antarabangsa, UKAS JPM, Encik Shamsuddin bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah (Kanan) Seksyen Dasar dan Hubungan Antarabangsa bersama pegawai-pegawai kanan UKAS JPM.