Lawatan Penandaarasan Lembaga Administrasi Negara Republik Indonesia Ke MBJB

Rabu, 10 Julai 2024 | Menara MBJB

MBJB telah menerima kunjungan hormat dan lawatan penandaaras dari Lembaga Administrasi Negara (LAN) National Institute for Public Administration (NIPA) of Republic Indonesia di Menara MBJB

Delegasi yang terdiri dari seramai 80 orang penjawat awam Republik Indonesia telah diketuai oleh Dr. Andi Taufik selaku Kepala Pusat Pelatihan dan Pengembangan dan Kajian Manajemen Pemerintahan Lembaga Administrasi Negara Republik Indonesia.

Lawatan dimulakan dengan sesi kunjungan hormat kepada YB Dato' Haji Mohd Noorazam Bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, sebelum pemberian taklimat kepada delegasi NIPA yang disampaikan oleh Datuk Bandar.

Tujuan penandaarasan ini adalah bagi perkongsian pengalaman dan amalan terbaik aspek pembangunan kompentensi sumber manusia, perkhidmatan alam sekitar, pengurusan sisa pepejal, pengurusan pelancongan mampan dan transformasi governans perkhidmatan awam.

Delegasi turut berkesempatan mengadakan lawatan teknikal ke Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC) yang terletak di aras 15, Menara MBJB.

Hadir sama ialah Ibu Erry Kananga selaku wakil Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Johor Bahru, En Shaifuddin bin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Johor Economic, Tourism & Cultural Office (JETCO), Encik Mohd Hatta Md Zan, Tourism Johor, Tuan Haji Miswan bin Yunus, Setiausaha MBJB, Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB, serta ketua-ketua jabatan MBJB.

 

Lawatan

lawatan

Lawatan