MAJLIS AMANAT DATUK BANDAR BERSAMA WARGA KERJA MBJB 2023 & IKRAR BEBAS RASUAH

MAJLIS AMANAT DATUK BANDAR BERSAMA WARGA KERJA MBJB 2023 & IKRAR BEBAS RASUAH

Khamis | 19 Januari 2023

Sekitar Majlis Amanat Datuk Bandar Johor Bahru Bersama Warga Kerja MBJB 2023 dan Ikrar Bebas Rasuah MBJB yang berlangsung di Dewan Kenanga, Menara MBJB, pagi ini.

Pertemuan YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, hari ini adalah bertujuan untuk memberi kata-kata amanat; menyingkap kejayaan-kejayaan pada tahun 2022; serta sasaran halatuju organisasi tahun 2023 ini.

Antara amanat yang disampaikan Datuk Bandar Johor Bahru adalah berkenaan sasaran untuk memfokuskan kerja kepada agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) di Johor Bahru; merealisasikan agenda The Greater Johor Bahru bersama 3 PBT utama Negeri Johor; serta transformasi perkhidmatan dan anjakan paradigma warga kerja dalam menuju ke arah Ulang Tahun ke-30 Pengisytiharan MBJB pada tahun 2024. Beliau turut mengingatkan agar seluruh warga kerja berkhidmat dengan penuh amanah, ikhlas, kasih sayang serta nilai kebersamaan.

Dalam pada itu, warga kerja MBJB juga telah menyempurnakan lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam, Ikrar Aku Janji serta Ikrar Bebas Rasuah dengan kerjasama SPRM pagi ini sebagai komitmen untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada warga bandar raya.

Turut sama hadir dalam Majlis Ikrar Bebas Rasuah hari ini ialah YB Dato' TPj. Haji Azmi bin Haji Alias, Pengarah SPRM Negeri Johor, PKPj Sheikh Hamadi bin Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah SPRM Negeri Johor, serta pegawai-pegawai SPRM Negeri Johor.

#JBMampan
#JBThinkGreen

MAJLIS AMANAT DATUK BANDAR

Majlis Amanat Datuk Bandar