MAJLIS PELANCARAN JOHOR BERSIH SABTU 2 JULAI 2022, BERTEMPAT DI DIREKTORAT PENGUATKUASAAN MBJB, SUNGAI SEGGET JOHOR BAHRU
Jom warga bandar raya Johor Bahru, kita hadir beramai-ramai ke Majlis Pelancaran Johor Bersih 2022 yang akan disempurnakan oleh YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, pada Sabtu 2 Julai 2022, bertempat di Direktorat Penguatkuasaan MBJB, Sungai Segget, jam 8.30 pagi.
Johor Bersih 100 hari ini dilaksanakan untuk menjadikan Negeri Johor sebagai negeri yang paling bersih, ceria dan indah di negara ini selain untuk memupuk semangat menjaga kebersihan bandar raya dalam diri rakyat Negeri Johor khususnya.
Sumbangkan tenaga dan keringat anda untuk sama-sama kita menjalankan tanggungjawab untuk merealisasikan agenda Johor Bersih!