MBJB SANTUNI WARGA PDK - PROGRAM CAKNA MBJB OLEH BAHAGIAN LA 21 MBJB

MBJB SANTUNI WARGA PDK

Isnin, 5 Disember 2022 | Bahagian LA 21 MBJB melalui Program Cakna MBJB yang dianjurkan semalam telah bersama-sama meraikan anak-anak dan para pelatih di PDK Taman Puteri Wangsa, Taman Mount Austin.

Program Cakna MBJB ini mensasarkan golongan yang kurang bernasib baik dalam kawasan MBJB dengan memberikan bantuan serta sokongan moral kepada golongan berkenaan. Program ini juga merupakan salah satu inisitiaf di bawah Mampan JB dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

Dalam program semalam, Encik Ng Yew Aik, Ahli Majlis MBJB Zon Mount Austin, telah menyerahkan sumbangan RM1,000 daripada Yayasan Bandaraya Johor Bahru kepada Pengerusi PDK Taman Puteri Wangsa, Puan Ilhazrah binti Yusuf, dan cenderahati kepada pelatih di PDK tersebut.

Turut hadir sama Encik Norizam Shah bin Yunus, Pengerusi Jawatankausa Pembangunan Sosial dan Insklusiviti MBJB, serta Puan Fadzlina binti Abd Malek, Pengarah Pembangunan Masyarakat MBJB.


#jbthinkgreen

program cakna MBJB

program cakna MBJB