SELASA, 22 Oktober 2024 | MBJB menerima Anugerah Citra Bahasa Laman Sesawang PBT Negeri Johor sempena Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Johor anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan.
Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Johor yang menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam laman sesawang. Program ini juga sebagai tanda sokongan DBP terhadap usaha PBT untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Penghargaan ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd. Salahuddin bin Dato' Paduka Mohamed, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka selaku wakil rasmi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Hadir bersama ialah Puan Fadzlina binti Abdul Malek, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat selaku wakil rasmi Datuk Bandar MBJB, YB Dato' Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin, Datuk Bandar MBPG, YBhg. Dato' A Aziz bin Deraman, Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan dan YBrs. Tuan Haji Mohd Riduwan bin Wahab, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan.
Tahniah dan syabas diucapkan!