12 Mac 2020 : MBJB menerima lawatan delegasi dari Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) yang diketuai oleh Tuan Faizal Nizam bin Md Nor Yang Dipertua MTDM, sebentar tadi.
Delegasi seramai 40 orang tersebut terdiri daripada pengurusan tertinggi, Ahli-Ahli Majlis dan pegawai-pegawai jabatan MDTM.
Lawatan ini adalah bertujuan penanda arasan dan perkongsian amalan terbaik berkaitan pengurusan rekreasi dalam bandar khususnya untuk golongan belia dan remaja serta kemudahan lain di Hutan Bandar MBJB dan Johor International Youth Hub.