PELEPASAN KONVOI MISI BANTUAN BANJIR SOUTHERN VOLUNTEERS MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU & ISKANDAR PUTERI KE SEGAMAT

ISKANDAR PUTERI, 6 Januari 2022 – Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, seramai 105 orang sukarelawan Southern Volunteers Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Southern Volunteers Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah digerakkan hari ini bersama bantuan keperluan barangan, peralatan serta jentera untuk membantu mangsa banjir yang terjejas di Segamat.

Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Hafiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, bersama-sama Tuan Haji On bin Jabbar@Ja'afar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) berkesempatan untuk bersama para sukarelawan di Dataran Iskandar Puteri sebelum menyaksikan mereka bergerak ke lokasi terlibat.

Seramai 50 orang SV MBJB bersama 15 buah jentera, dan 55 orang SV MBIP bersama 14 buah jentera telah terlibat dalam misi kali ini. Juga bersama konvoi ini adalah Team Triton Johor dengan sebanyak 6 buah kenderaan Pick Up 4x4.

img

img