PENILAIAN ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS & ANTIRASUAH (AIGA 2022)
Isnin, 12 September 2022 - Sekitar sesi Penilaian Anugerah Integriti, Governans dan Anti-Rasuah (AIGA) 2022 secara atas talian yang dilaksanakan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) di Dewan Kenanga, Menara MBJB hari ini. AIGA adalah merupakan satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta bagi menzahirkan komitmen dalam membudayakan dan mengamalkan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah yang dijalankan dalam organisasi masing-masing.