TAHNIAH MBJB PENERIMA PENGHARGAAN KHAS BANDAR MAMPAN 2020 SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA HPBS 2020 KE-32

MBJB telah menerima Penghargaan Khas Pencapaian Konsisten dalam Pelaksanaan Penunjuk Bandar Mampan (MURNInets) sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia HPBS 2020 ke-32 yang telah diadakan pada 10 November 2020. 

Lebih manis, penghargaan ini menjadikan MBJB sebagai PBT pertama Negeri Johor yang memenanginya dan juga tahun 2020 ini merupakan 100 tahun perancangan bandar di Malaysia. 

HPBS 2020 telah dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin dengan tema Norma Baharu - Perancangan Melangkaui Kelaziman. Ia bertujuan untuk meraikan dan menghargai peranan perancang bandar dalam perancangan dan pembangunan khususnya, ke arah mewujudkan persekitaran hidup yang berkualiti dan pembentukan masyarakat yang sejahtera. 

Dengan penghargaan ini, ianya menjadi pemangkin dan motivasi kepada MBJB dalam usaha mengekalkan momentum kemampanan bandar raya Johor Bahru bagi menyediakan kehidupan yang kondusif dan berkualiti kepada warga kota dan juga menjadikan Johor Bahru sebagai bandar raya bertaraf antarabangsa, berbudaya dan lestari.

img