WARGA KERJA MBJB POTONG GAJI BAGI MENYUMBANG KE TABUNG BENCANA NEGERI JOHOR

WARGA KERJA MBJB POTONG GAJI BAGI MENYUMBANG KE TABUNG BENCANA NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 6 Mei 2020 - Warga kerja MBJB telah mengumpulkan dana sebanyak RM201,000 menerusi potongan gaji bulanan untuk disumbangkan kepada Tabung Bencana Negeri Johor.

'Mock cheque' sumbangan itu telah diserahkan kepada YAB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor, di pejabat beliau hari ini oleh YB Dato' Haji Adib Azhari bin Daud, Datuk Bandar Johor Bahru.

Dana yang dikumpulkan itu adalah menerusi potongan gaji warga kerja bermula April hingga Disember 2020 dengan kadar bermula dari RM5 hingga RM100 sebulan mengikut persetujuan warga kerja.

Adalah diharapkan agar sumbangan dari warga kerja MBJB ini dapat membantu mereka yang memerlukan dan terkesan sepanjang tempoh PKP ini.

img