Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan terdiri daripada 4 unit yang berfungsi sebagaimana berikut :
Unit Kawalan Penyakit Berjangkit
- Merancang, mengatur, mengetuai, melaksana dan menilai semula semua aktiviti Unit Kawalan Vektor.
- Menjalankan siasatan ke atas kes-kes penyakit bawaan vektor yang dinotifikasi dan menentukan punca jangkitan serta mengambil tindakan kawalan.
- Menjalankan siasatan aduan berkaitan kacau-ganggu nyamuk yang dilaporkan serta mengambil tindakan seterusnya bagi pencegahan.
- Menjalankan pemeriksaan premis untuk mengesan pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes.
- Menjalankan larviciding dan semburan (Termal Fogging/ULV) untuk mengawal populasi nyamuk aedes di kawasan yang menunjukkan indikator aedes yang tinggi atau berdasarkan kes-kes denggi yang dilaporkan.
- Menganalisa data dan menyediakan laporan kejadian penyakit dan pembiakan vektor.
- Mengurus aplikasi penggunaan maklumat GIS untuk mengawal penyakit DF/DHF.
- Menjalankan pemeriksaan fasiliti yang berpotensi menjadi punca penyebaran penyakit berjangkit khususnya Taska, Tadika, Pusat Jagaan dan tempat tumpuan awam.
- Menjalankan aktiviti kawalan dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang amalan pencegahan penyakit berjangkit.
- Melaksanakan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil MBJB dengan menjalankan pemeriksaan ulangan, mengeluarkan notis/kompaun dan menguruskan kerja-kerja tindakan mahkamah.
Unit Rawatan Kesihatan
- Mengurus pelalian Anti-Typhoid kepada pengendali makanan dan orang awam
- Mengurus perancangan dan membangun kemudahan kesihatan penduduk bandaraya.
- Mengurus dan menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada anggota.
- Melaksanakan penilaian dan rawatan primer kepada anggota.
- Bekerjasama degan KKM dalam pengurusan dan kawalan pandemik Covid 19.
Unit Kawalan Kesihatan Pembangunan
- Mengemukakan ulasan-ulasan kesihatan keatas Pelan Susunatur, Pelan Bangunan, Pelan Merancang, Pelan Kebenaran Merancang Sementara, dan Pelan Permit Sementara.
- Membuat ulasan kehendak sanitari bagi pelan bangunan.
- Menjalankan pemeriksaan tapak bagi pengeluaran sokongan kesihatan untuk pengeluaran sijil CFO/CCC.
- Memantau kebersihan kawasan tapak-tapak projek pembangunan baru.
- Menguatkuasakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil yang diguna pakai MBJB bagi memastikan pemaju mematuhi syarat-syarat kebersihan di kawasan projek.
Unit Zoonotik
- Mengurus kawalan penyakit zoonotik melalui kawalan anjing liar, kucing dan tikus yang berkeliaran di tempat awam.
- Memantau aktiviti peliharaan haiwan yang boleh menimbulkan kacauganggu terhadap warga di kawasan pentadbiran Majlis.
- Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan serangga pembawa penyakit.
- Merancang dan melaksana program lipas, lalat dan tikus (LILATI) di kawasan premis perniagaan dan kawasan awam.
- Mengatur operasi kawalan populasi burung gagak.
- Mengumpul, mengemaskini dan menganalisa data serta menyediakan laporan berkaitan aktiviti unit.
- Mengadakan operasi di dalam menguatkuasakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil yang digunapakai oleh MBJB.