5 PEGAWAI MBJB TERIMA PENGHARGAAN PDRM
JOHOR BAHRU, 20 DISEMBER 2022 — Lima orang pegawai MBJB telah menerima Surat Penghargaan yang disampaikan oleh Yang Dihormati CP Dato’ Kamarul Zaman bin Mamat, Ketua Polis Johor sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Kontinjen Johor Bulan Disember 2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.
Surat Penghargaan ini adalah tanda ucapan terima kasih di atas komitmen dan kolaborasi MBJB bersama PDRM Johor.
Lima pegawai MBJB yang menerima penghargaan tersebut ialah
1) Puan Ir. Hajah Nazatul Shima Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB
2)Encik Hazrin Ahmad, Pengarah Pelesenan
3)Encik Faiz Abdul Razak, Pengarah Penguatkuasaan
4)Encik Rusydi Md Dean, Ketua Penolong Pengarah Pelesenan
5)Puan Siti Nabilah Zainal Abidin, Penolong Pengarah Penguatkuasa
Syabas dan tahniah diucapkan kepada kepada pegawai-pegawai MBJB yang menerima surat penghargaan ini. MBJB akan terus komited dalam memberikan kerjasama yang baik dengan PDRM bagi memastikan keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan bandar raya Johor Bahru terus terjamin.