AKTVITI 'SEARCH & DESTROY' NORMA BAHARU DAN 'LITTER PICKING' BAGI MENCEGAH PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

06 Ogos 2020 : MBJB meneruskan aktiviti 'Search & Destroy' Norma Baharu dan 'litter picking' bagi mencegah tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar Taman Desa Cemerlang dan Taman Daya hari ini.

Usaha mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes ini adalah merupakan tanggungjawab bersama setiap warga bandar raya Johor Bahru. Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu bagi aktiviti 'search & destroy' tempat pembiakan nyamuk di kediaman masing-masing.

img

img