Selasa, 29 Oktober 2024 | Bendera MBJB berkibar dengan megah di puncak Gunung Kinabalu semalam menerusi Ekspedisi Menawan Puncak Gunung Kinabalu Sempena Sambutan 30 Tahun MBJB.
Ekspedisi ini telah diketuai oleh Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB, bersama-sama 37 warga kerja MBJB yang terdiri dari 11 pegawai pengurusan dan profesional serta 25 staf sokongan MBJB.
Terlebih dahulu, program latihan ekspedisi ini telah dimulakan seawal Januari 2024 melibatkan latihan intensif dan konsisten setiap peserta sehingga ke hari pendakian.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta ekspedisi!