JB CAR FREE DAY DAN KARNIVAL MAJU JOHOR & SEMARAK UNITI DAERAH JOHOR BAHRU
Sabtu, 18 Februari 2023 | Sekitar program JB Car Free Day dan Majlis Perasmian Karnival Maju Johor & Semarak Uniti Daerah Johor Bahru yang disempurnakan oleh YB Datuk Pandak bin Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Iskandar, di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
Turut bersama hadir ialah Datuk Bandar Johor Bahru, Pegawai Daerah Johor Bahru, Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru, Setiausaha Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Pentadbir Tanah Johor Bahru, serta warga kerja MBJB dan Pejabat Daerah Johor Bahru.
Warga bandar raya dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan Karnival Maju Johor & Semarak Uniti Daerah Johor Bahru ini akan berlangsung selama 2 hari di Dataran Bandaraya dengan pelbagai pengisian menarik seperti pameran; jualan; pertandingan e-sports; perkhidmatan kaunter bergerak MBJB, MBIP, MBPG dan MAIJ; cabutan bertuah; dan lain-lain lagi.
Terima kasih warga bandar raya yang hadir ke JB Car Free Day. Kita jumpa di Car Free Day seterusnya pada 11 Mac 2023.
#MajuJohor
#JBCarFreeDay
#JBMampan
#JBThinkGreen