JB CITY TRAILS 2018

30 Oktober 2018 : JB CITY TRAILS 2018

Pelepasan acara JB City Trails 2018 telah disempurnakan oleh Ir. Hajah Nazatul Shima Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB, di hadapan Ikon "Zero Kilometre" MBJB sebentar tadi. Program ini adalah anjuran Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia, dan disertai oleh 113 orang pelajar dari Heriot-Watt University, University of Reading, Universitas Bung Hatta Indonesia, UTHM, USIM dan UIAM.

Sebanyak 15 'checkpoint' telah ditempatkan di beberapa lokasi ikonik dan bersejarah di sekitar bandaraya dan seterusnya dapat membantu mempromosikan Johor Bahru kepada pengunjung domestik dan antarabangsa.

img