Jualan Lelong Sisa (Kenderaan Buruk Sitaan MBJB) Bil 1/2024 Panggung Cempaka Menara MBJB 14 Januari 2024

Ahad, 14 Januari 2024 | Jualan Lelong Sisa (Kenderaan Buruk Sitaan MBJB) Bil. 1/2024 telah diadakan hari ini di Panggung Cempaka Menara MBJB. Sesi lelongan ini melibatkan sebanyak 704 unit kenderaan buruk sitaan dibahagikan kepada 47 lot. Seramai 59 orang pembida telah hadir mendaftar dalam sesi lelongan hari ini.
Untuk makluman warga bandar raya, kategori kenderaan buruk yang dilelong hari ini melibatkan kenderaan buruk yang ditunda dan dialihkan mengikut kesalahan di bawah Seksyen 46 (1)(g) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
 
Pelelongan
 
Pelelongan