Kunjungan Delegasi Majlis Bandaraya Shah Alam ke Menara MBJB - Jabatan Kawalan Bangunan MBJB

Isnin, 25 September 2023 | MBJB telah menerima kunjungan delegasi dari Majlis Bandaraya Shah Alam di Menara MBJB. Lawatan penanda aras ini adalah bertujuan perkongsian amalan terbaik berkaitan proses kerja utama dalam Seksyen 34A, 85A Akta 133 serta pengurusan dan sistem penyimpanan fail-fail pembangunan.

Delegasi MBSA seramai 32 orang ini diketuai oleh Puan Putri Alia bt Azmi, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Bangunan MBSA telah disambut oleh Puan Masliza bt Samuri, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan, serta para pegawai Jabatan Kawalan Bangunan MBJB.

Lawatan MBSA

Lawatan MBSA

Lawatan MBSA