Kunjungan Hormat Delegasi Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang diketuai oleh YBHG. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang

Selasa, 12 September 2023 | YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, harini menerima kunjungan hormat delegasi Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang diketuai oleh Y.Bhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS, di pejabat beliau hari ini.

Dalam sesi perjumpaan tersebut, kedua-dua pihak telah berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam pelaksanaan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di organisasi masing-masing.

Turut sama hadir ialah, Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, serta ketua-ketua jabatan MPS dan MBJB.

Kunjungan Hormat

Kunjungan Hormat