Kunjungan Hormat Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh Di Malaysia

Rabu, 11 September 2024 | YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, telah menerima kunjungan hormat Mr. Mohammad Khorshed Alam Khastagir, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia, di pejabat beliau semalam.

Dalam pertemuan tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan bersama termasuk potensi kerjasama di antara MBJB dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia.

Hadir sama ialah pegawai-pegawai dari Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh. Semoga pertemuan ini membuka pelbagai ruang kerjasama baik demi pembangunan berterusan bandar raya Johor Bahru.

Kunjungan Hormat

Kunjungan Hormat