Kursus Warden Trafik Siri II (Pengendalian Motosikal) PBT Negeri Johor Anjuran MBJB

1-2 Julai 2024 | Pusat Akuatik MBJB, Larkin

Kursus ini telah dijalankan pada 1-2 Julai 2024 bertempat di Pusat Akuatik MBJB Larkin. Jurulatih terdiri daripada barisan jurulatih Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang di ketuai oleh Penolong Pesuruhjaya Tuan Mohd Hisham bin Hj Izhar.

Seramai 39 orang peserta terdiri daripada 7 PBT (Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Majlis Perbandaran Pontian, Majlis Perbandaran Segamat, Majlis Perbandaran Kulai dan Majlis Perbandaran Kluang) telah hadir dalam program ini.

Kursus warden trafik Siri II ini bertujuan untuk melatih pegawai dan anggota penguat kuasa khususnya warden trafik untuk lebih cekap dalam pengendalian motosikal serta kompeten dalam menjalankan tugas harian mengikut etika, dan prosedur operasi standard SOP yang ditetapkan.

Dalam keadaan hujan kursus ini tetap dijalankan di lapangan bagi memastikan mental dan fizikal warden trafik dalam keadaan bersedia walau apa keadaan sekalipun dan menjadi 'first responder' sekiranya berlaku sebarang bencana dan apa jua kemungkinan semasa rondaan dijalankan.

Kursus Trafik

Kursus Trafik

Kursus Trafik