Lawatan Kerja Majlis Bandaraya Johor Bahru ke Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

13 Jun 2024 | Bangunan Pejabat MBIP, Bandar Medini

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima lawatan kerja dari Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang bertujuan mendapatkan perkongsian ilmu berkaitan reka bentuk kemudahan di bangunan MBIP seperti Kaunter Pandu Lalu, Kaunter Perkhidmatan, Dewan Utama, dan lain-lain lagi.

Delegasi MBJB yang diketuai oleh Encik Mohd Firdaus bin Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Kejuruteraan MBJB disambut baik oleh Puan Norhafizah binti Ahamad, Pengarah Bangunan MBIP serta Pegawai-pegawai MBIP.

Diharap sesi perkongsian ilmu ini dapat menjadi sumber maklumat yang berguna dalam memperkasakan pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan.

Lawatan Kerja

Lawatan Kerja