Lawatan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor dan Sesi Penerangan IIBD & The Greater JB Majlis Bandaraya Johor Bahru

Selasa, 11 Jun 2024 - Majlis Bandaraya Johor Bahru telah menerima kunjungan delegasi dari Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).

Delegasi yang diketuai oleh Encik Abdul Malik bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PAJ, serta para pegawai PAJ telah hadir bertujuan mendapatkan taklimat dan penerangan berkaitan Ibrahim International Business District (IIBD) dan The Greater JB bagi kawasan MBJB.

Taklimat dan perkongsian telah diberikan oleh Puan Norbaizura binti Md Zin, Ketua Penolong Pengarah Perancangan Pembangunan (Rancangan Pemajuan) MBJB, dan Ts. Ir. Choo Kok Wah, Penolong Pengarah Pengangkutan Bandar (Lalulintas & Pengangkutan Bandar).

Semoga sesi perkongsian ini memberikan pelbagai manfaat untuk kedua-dua organisasi demi kemajuan bandar raya Johor Bahru.

Lawatan PAJ

Lawatan PAJ