Lawatan Teknikal Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC) Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru

Isnin, 19 Ogos 2024 | Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru

Seramai 29 orang delegasi dari Fakulti Kejuruteraan Awam UTM yang terdiri daripada ahli akademik dan penyelidik telah hadir ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi melihat dan mempelajari pengurusan operasi Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC) di Tingkat 15 Menara.

Delegasi yang diketuai oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohamad Hidayat bin Jamal telah diberikan penerangan secara terperinci dan jelas berkenaan operasi JBIOCC MBJB oleh Ts. Ir. Choo Kok Wah, Penolong Pengarah Pengangkutan Bandar, merangkap Komander JBIOCC MBJB.

Lawatan teknikal ini bertujuan untuk memberi maklumat berkaitan teknologi terkini yang diaplikasi oleh MBJB dalam pengurusan bandar raya, alam sekitar, saliran, keselamatan dan pengangkutan ke arah ‘Smart City’, selari dengan hala tuju dan niche UTM.

Terima kasih diucapkan kepada pihak UTM khususnya Fakulti Kejuruteraan Awam kerana sudi mengadakan lawatan teknikal ini, dalam berkongsi maklumat dan ilmu demi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Lawatan JBIOCC

Lawatan JBIOCC

Lawatan JBIOCC

Lawatan JBIOCC