Majlis Bandaraya Johor Bahru Terima Anugerah Geoinnovation Award 2024

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menerima anugerah dalam Majlis Geoinnovation Award and Conference yang berlangsung pada Khamis, 14 November 2024 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Anugerah Geoinnovasi ini diberikan atas Projek Geo Dashboard Pemantauan Kesihatan Awam di MBJB dengan menggunakan teknologi geospatial. Inisiatif ini merupakan aspirasi bagi menyokong Pembangunan Bandar Pintar Bandar raya Johor Bahru dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Geo dashboard kes demam denggi, pengauditan tandas awam dan penggredan premis makanan dipaparkan di Galeri Data Terbuka yang boleh diakses menerusi pautan https://geojb.gov.my/gisportal/apps/sites/#/mbjb-geojb

Anugerah Geoinnovation

Anugerah Geoinnovation Award 2024

Anugerah Geoinnovation Award 2024