MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN THE GREATER JOHOR BAHRU

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN THE GREATER JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 31 Januari 2023 – Sebagai usaha berterusan menjayakan agenda pembangunan The Greater Johor Bahru dan Negeri Johor, satu Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Pihak Berkuasa Tempatan The Greater Johor Bahru bersama Persatuan Profesional Johor telah diadakan di Dewan Kenanga, Menara MBJB Bukit Senyum hari ini.

Hadir menyaksikan pemeteraian MOU ini ialah YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Mohd. Jafni bin Md. Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, bersama-sama Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Negeri dan Persekutuan.

Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan The Greater Johor Bahru yang memeterai MOU ini adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Majlis Perbandaran Kulai, bersama Persatuan Profesional Johor yang terdiri daripada Persatuan Akitek Malaysia Southern Chapter (PAMSo), Real Estate and Housing Developers’ Associaton (REHDA), Institution of Engineers Malaysia Southern Branch (IEMSB), Johor Master Builders Association (JMBA), Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM), Malaysian Institute of Planners (MIP), Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM), Persatuan Arborist Malaysia (PArM) dan Association of Consulting Architects Malaysia (ACAM).

MOU yang dimeterai hari ini, yang merupakan kesinambungan dari beberapa siri perbincangan setelah The Greater Johor Bahru dibentuk pada tahun 2022, adalah bertujuan untuk memacu pembangunan di Johor Bahru dan Negeri Johor selari dengan sasaran The Greater Johor Bahru agar setaraf dengan bandar-bandar maju di peringkat global. Ianya bertujuan untuk memastikan keselarasan dan keseragaman dalam proses penyediaan, pengesyoran dan kelulusan pembangunan-pembangunan baharu dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) The Greater Johor Bahru agar ianya lebih lancar dan efisien untuk kebaikan bersama.

MOU ini turut berperanan untuk mengenalpasti jurang-jurang di antara 4 PBT The Greater Johor Bahru serta melicinkan proses berkaitan perancangan pembangunan memandangkan 9 persatuan professional ini mempunyai penglibatan langsung dengan proses berkaitan apa-apa pembangunan baharu yang akan dilaksanakan bersama pihak PBT.

Kerjasama yang dibentuk bersama Persatuan Profesional Johor ini juga amat penting dalam usaha penerapan dan pelaksanaan komponen smart city, low carbon society agenda dan bandar selamat melalui syarat pelan pemajuan di kawasan PBT-PBT The Greater Johor Bahru.

#TheGreaterJohorBahru
#MajuJohor
#JBMampan
#JBThinkGreen

Greater JB

Greater JB