Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Piala Datuk Bandar Johor Bahru Malaysia Terbuka 2024 (Kategori Lelaki)

MAJLIS PENUTUPAN & PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN BOLA TAMPAR PIALA DATUK BANDAR JOHOR BAHRU MALAYSIA TERBUKA 2024 (KATEGORI LELAKI)

Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah Kejohanan Piala Datuk Bandar Johor Bahru Malaysia Terbuka 2024 (Kategori Lelaki) telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Miswan bin Yunus, Setiausaha MBJB, Encik Franco Liu Presiden Persatuan Bola Tampar Amatur Negeri Johor dan Encik Mohammad Taqiyuddin Bin Poniran, Penolong Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor.

Pertandingan kategori lelaki telah diadakan bermula 19 Jun hinggga 22 Jun 2024 bertempat di Arena MBJB, Larkin, Johor Bahru.

Terdapat dua (2) peringkat kejohanan yang dipertandingkan bagi Kategori Lelaki iaitu Peringkat Amatur sebanyak enam (6) penyertaan serta Peringkat Terbuka sebanyak tujuh (7) penyertaan terdiri daripada pasukan dari Negeri Johor (2 pasukan), pasukan Majlis Bandayara Shah Alam (MBSA), pasukan Kuala Lumpur, pasukan Negara Singapura (2 pasukan) dan pasukan dari Negara India.

KEPUTUSAN PERINGKAT AMATUR

- Johan: Pasukan Johor Tiger (Medal beserta Piala Iringan)
- Naib Johan: Pasukan UTM (Medal)
- Ketiga: Pasukan Ashura (Medal)
- Keempat: Pasukan UTM VC (Medal)

KEPUTUSAN PERINGKAT TERBUKA

- Johan: Pasukan Netmaster India (Medal & Wang Tunai RM 10,000.00 beserta Piala Iringan)
- Naib Johan: Pasukan MBSA Selangor (Medal & Wang Tunai RM 5,000.00)
- Ketiga: Pasukan JRT Singapura (Medal & Wang Tunai RM 3,000.00)
- Keempat: Pasukan Volleysports Singapura (Medal & Wang Tunai RM 1,000.00)

Kejohanan Bola Tampar Piala Datuk Bandar

Kejohanan Bola Tampar Piala Datuk Bandar

Kejohanan Bola Tampar Piala Datuk Bandar