Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Tampar Piala Datuk Bandar

MAJLIS PENUTUPAN & PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN BOLA TAMPAR PIALA DATUK BANDAR JOHOR BAHRU MALAYSIA TERBUKA 2024 (KATEGORI PEREMPUAN)

Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah Kejohanan Piala Datuk Bandar Johor Bahru Malaysia Terbuka 2024 (Kategori Perempuan) telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB, Franco Liu Presiden Persatuan Bola Tampar Amatur Negeri Johor dan wakil Majlis Sukan Negeri Johor.

Kategori Perempuan telah diadakan bermula 24 Jun hinggga 27 Jun 2024 bertempat di Stadium Tertutup Arena MBJB, Larkin, Johor Bahru.

Terdapat duaperingkat kejohanan yang dipertandingkan bagi Kategori Perempuan iaitu Peringkat Amatur sebanyak tiga (3) penyertaan serta Peringkat Terbuka sebanyak lima (5) penyertaan terdiri daripada pasukan dari Negeri Johor (2 pasukan), pasukan Majlis Bandayara Shah Alam (MBSA) , pasukan Kuala Lumpur, pasukan Negara Mongolia, pasukan Pahang, pasukan SUKMA Johor dan pasukan dari Hero 99 Malaysia.

KEPUTUSAN PERINGKAT AMATUR

- Johan : Pasukan Johor Tiger (Medal beserta Piala Iringan)
- Naib Johan : Pasukan Kuala Lumpur (Medal)
- Ketiga : Pasukan Ferrari (Medal)

KEPUTUSAN PERINGKAT TERBUKA

- Johan : Pasukan Hobby Ace VC Mongolia (Medal & Wang Tunai RM 10,000.00 beserta Piala Iringan)
- Naib Johan : Pasukan Hero 99 Malaysia (Medal & Wang Tunai RM 5,000.00)
- Ketiga : Pasukan Pahang (Medal & Wang Tunai RM 3,000.00)
- Keempat : Pasukan Kuala Lumpur (Medal & Wang Tunai RM 1,000.00)

Kejohanan Bola Tampar Piala Datuk Bandar 2024

Kejohanan Bola Tampar Piala Datuk Bandar 2024