MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MBJB BAGI BULAN OKTOBER 2019 DEWAN JUBLI INTAN SULTAN IBRAHIM

02 Oktober 2019 :  Sekitar Majlis Perhimpunan Bulanan MBJB bagi bulan Oktober 2019 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim pagi tadi. Perhimpunan bulanan ini adalah merupakan suatu platform bagi warga kerja MBJB mendapatkan informasi berkenaan dasar-dasar terkini selain mendengar amanat yang disampaikan Datuk Bandar.

Dalam amanat beliau, Yang Berhormat Dato' Haji Amran bin A. Rahman, telah memaklumkan berkenaan pencapaian terkini MBJB selain mengingatkan warga kerja agar sentiasa menanamkan sikap berintegriti, profesional, cekap dan mesra dalam urusan pekerjaan seharian, terutamanya dalam berurusan dengan pelanggan-pelanggan MBJB.

img

img

img