MBJB Terima Delegasi Majlis Perbandaran Muar (MPM) di Menara MBJB

Selasa, 27 Februari 2024 | MBJB menerima lawatan delegasi Majlis Perbandaran Muar (MPM) di Menara MBJB hari ini.
Delegasi MPM yang diketuai oleh Encik Muhammad Ali bin Tukiman, Arkitek MPM, hadir bagi perkongsian maklumat berkaitan infrastruktur pusat data dan sistem rangkaian ICT MBJB.
Delegasi MPM telah disambut oleh Tuan Haji Fadzil bin Mohammad, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan (Teknologi Maklumat) MBJB, dan Ts. Khairul Afandi bin Mustaffa, Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan (Teknikal & Rangkaian Teknologi Maklumat), serta diberikan taklimat berkaitan.
Semoga lawatan ini memberi seribu manfaat kepada kedua-dua buah organisasi.

Delegasi MPM

 
Delegasi MPM