MBJB Terima Lawatan Peserta Bengkel Model Hab Komuniti Masyarakat Rendah Karbon dan Pembangunan Kapasiti Untuk Rangkaian Negara Asean

MBJB TERIMA LAWATAN PESERTA BENGKEL MODEL HAB KOMUNITI MASYARAKAT RENDAH KARBON DAN PEMBANGUNAN KAPASITI UNTUK RANGKAIAN NEGARA ASEAN

Selasa, 14 November 2023 | MBJB telah menerima lawatan leserta Bengkel Model Hab Komuniti Masyarakat Rendah Karbon dan Pembangunan Kapasiti Untuk Rangkaian Negara ASEAN di Menara MBJB semalam.

Lawatan ini adalah bertujuan perkongsian pengalaman dan amalan terbaik berkaitan bangunan hijau di Menara MBJB.

Delegasi terdiri dari wakil-wakil City of Kyoto Japan, Kyoto Environmental Activities Association (KEAA), Ministry of Tourism and Creative Economy Indonesia, Hue City for International Cooperation Vietnam, Bangkok Metropolitan Administration Thailand, PBT-PBT Malaysia, serta universiti awam dan swasta dalam negara.

Delegasi turut dibawa melawat CSTP Sungai Segget dan melihat program pengkomposan bahan terpakai MBJB di Jalan Tahana.

Para peserta program kini sedang menjalani bengkel bagi pembangunan hab komuniti masyarakat rendah karbon dan pembangunan kapasiti di Perpustakaan Sultan Ismail, Johor Bahru, bermula 13 - 16 November 2023.

Lawatan

Lawatan