MBJB Terima Penghargaan Di Green Accord Initiative Awards 2024

Ahad, 13 Oktober 2024 | MBJB menerima penghargaan di Iskandar Malaysia Green Accords Initiative Awards (GAIA) 2024 anjuran Iskandar Regional Development Authority (IRDA) di atas usaha dan inisiatif penghijauan serta kelestarian yang dilaksanakan di bandar raya Johor Bahru.

Penghargaan yang diterima ialah 'Special Mention in GAIA' bagi projek Rejuvenasi Sungai Segget yang mengangkat wajah baharu Sungai Segget dan Pusat Bandar Johor Bahru yang lebih bersih, indah dan mampan. Selain itu, penghargaan 'Valued Participation in GAIA' diterima bagi Sudut Lestari MBJB di Perpustakaan Sultan Ismail Johor Bahru yang aktif melaksanakan pelbagai program pendidikan kelestarian kepada masyarakat, mempromosikan gaya hidup mesra alam serta menjadi hab perkembangan kemahiran sumber manusia berkaitan alam sekitar.

Penghargaan GAIA ini telah disampaikan oleh YB Tuan Ling Tiang Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor manakala sesi penilaian dan pengesahan tapak Anugerah GAIA telah dilaksanakan oleh panel penilai GAIA yang diketuai oleh Prof. TPr. Dr. Ho Chin Siong (Universiti Teknologi Malaysia) pada 23 Julai lalu.

Tahniah dan syabas diucapkan!

Anugerah Green Accords

Anugerah Green Accords