Medan Selera TMIYC Johor Bahru Terima Anugerah Medan Selera Terbersih di Malaysia

Selasa, 8 Oktober 2024 | Medan Selera Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru diiktiraf sebagai Medan Selera Terbersih di Malaysia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2024 di Bangi Avenue Convention Centre hari ini.

Anugerah Medan Selera Terbersih yang diterima ini adalah bagi Kategori B iaitu medan selera dengan lebih dari 10 buah premis. Hadir menerima anugerah ialah YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, bersama-sama Puan P.Mgr. Sr. Syafini binti Mohi, Pengarah Pengurusan Harta MBJB, Dr. Hajah Aslinda Salikin, Pengarah Kesihatan MBJB, serta pegawai-pegawai MBJB.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang sama-sama memainkan peranan penting dalam memastikan Medan Selera TMIYC sentiasa bersih dan indah secara konsisten. Ayuh kita kekalkan keindahan dan keceriaan bandar raya Johor Bahru!

Anugerah

Anugerah

Anugerah