PELAKSANAAN AUDIT AKSESABILITI KEMUDAHAN ORANG KURANG UPAYA DI BANGUNAN AWAM DAN TAMAN AWAM
Khamis, 16 Mei 2024 | Program Audit Aksesabiliti Kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dijalankan di MBJB bermula 15 hingga 16 Mei 2024 oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT. Audit ini dilaksanakan bagi menyemak tahap aksesabiliti OKU berdasarkan reka bentuk sejagat dalam pembangunan selaras dengan Akta Parit dan Bangunan 1974 serta UUK Bangunan Seragam 1984.
Antara lokasi yang disemak adalah di Menara MBJB, JB Information Centre dan Legaran Segget. Dalam masa yang sama, delegasi auditan turut mengunjungi Pusat Akuatik Arena MBJB Larkin dan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru sebagai lokasi tambahan.
Hadir dalam sesi auditan ini ialah wakil jabatan-jabatan MBJB. Laporan audit ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi OKU (MKBOKU) dan mesyuarat jawatankuasa berkaitan.